LeAnn Rimes
LeAnn Rimes

LeAnn Rimes

Margaret LeAnn Rimes Cibrian (lahir 28 1982)[1] ialah penyanyi, penulis lagu, pelakon, dan pengarang Amerika Syarikat. Rimes meraih kejayaan pada usia 13 tahun susulan pelancaran versinya tersendiri lagu Bill Mack, "Blue", menjadi bintang muzik country termuda sejak Tanya Tucker pada 1972.[2]Rimes mencapai kemasyhuran dalam genre muzik country pada 1996 menerusi album sulungnya, Blue, yang mencapai No. 1 di carta Top Country Albums chart dan menerima pensijilan multi-platinum dari segi jualan oleh Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA). Single senama utama album ini, "Blue", menjadi hits Top 10, dan Rimes meraih kejayaan setempat bagi persamaannya kepada gaya vokal Patsy Cline. Ketika melancarkan album studio keduanya pada 1997, You Light Up My Life: Inspirational Songs, beliau beralih ke country pop, yang mencipta trend album dikeluarkan pada dekad berikutnya.[2][3]Rimes telah memenangi pelbagai anugerah, termasuk Grammy, tiga ACM,CMA, 12 Anugerah Muzik Billboard, dan satu Anugerah Muzik Amerika.[4] Beliau telah menerbitkan 10 album, tiga album kompilasi dan dua album himpunan terbaik, satu dikeluarkan di A.S. dan yang lain dikeluarkan di negara luar, melalui label rakamannya selama 13 tahun, Curb Records,[5] dan menempati 40 single di carta Amerika dan antarabangsa sejak 1996. Beliau telah menjual lebih 37 juta rekod seluruh dunia, dengan 20.8 juta jualan album di Amerika Syarikat menurut Nielsen SoundScan.[6] Billboard menyenaraikan beliau, artis ke-17 pada dekad 1990–2000.[7] Rimes telah menulis empat buku: dua novel dan dua novel kanak-kanak. Lagunya "How Do I Live" menerima ranking sebagai lagu paling berjaya pada 1990 oleh majalah Billboard.[8]

Rujukan

WikiPedia: LeAnn Rimes http://www.billboard.com/articles/news/6297023/bil... http://www.cmt.com/artists/az/rimes_leann/awards.j... http://www.imdb.com/name/nm0005361/ http://www.leannrimes.com http://www.people.com/people/leann_rimes/0,,,00.ht... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p170078655 http://isni.org/isni/0000000114700727 https://www.billboard.com/articles/news/magazine-f... https://books.google.com/?id=9w0EAAAAMBAJ&lpg=PP1&... https://aleph.nkp.cz/F/?func=find-c&local_base=aut...